Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.
Program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Dermasiswa dan berfokus kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang ingin melanjutkan pengajian Diploma di dalam negara.
Pengajian yang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025 adalah pengajian di peringkat Diploma dan Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam negara iaitu Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Bidang pengajian yang ditaja meliputi bidang pengajian berikut sahaja:
SYARAT- SYARAT UMUM JPA
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
iii. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atau pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
v. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
vi. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
vii. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
viii.Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.
MAKLUMAT PERMOHONAN
Pemohon dipelawa membuat permohonan pengajian peringkat Diploma atau Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melaluiSistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau Saluran Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET).
Pemohon yang berjaya mendapat tawaran UPUOnline atau UP_TVET serta memenuhi syarat umum dan syarat khusus JPA berpeluang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2025.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut boleh di-e-melkan kepada : [email protected]
(sepanjang tempoh permohonan Sistem UPUOnline dan Sistem UP_TVET dibuka sahaja)
iNFO Penting Lain :-
Advertisement
(Visited 30,510 times, 505 visits today)