Tarikh Permohonan
Untuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka bermula 1 Jun 2022.
Permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.
Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan
Peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime adalah seperti berikut :
- Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
- Peringkat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN- Kemasukan Sem 1, 2022/2023 (Sept 2022)
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam (Tawaran TIDAK DIBUKA buat masa ini)
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Biasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut :
TNB Prime di Luar Negara
Pengambilan 2022
- Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
- Kejuruteraan (Renewable Energy)
- Kejuruteraan (Kimia)
- Data Sains
TNB Prime di UNITEN
Pengambilan 2022
- Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
- Sains Komputer
- Pemasaran Sumber Manusia / Keusahawanan
TNB Prime di Universiti Awam (tiada tawaran dibuka buat masa ini)
Pengambilan 2021 :
- Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
- Perakaunan
- Sains Komputer
- Sains Komputer / Teknologi Maklumat (Pengkhususan dalam Bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan)
- Sains Aktuari
*Bidang pengajian terkini akan dimaklumkan akan apabila tawaran 2022 dibuka kelak
Syarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime
Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
- Calon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.
- Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
- Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
- Calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :
TNB Prime Luar Negara
Lulus peperiksaan SPM dengan pencapaian minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperoleh minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.
TNB Prime UNITEN
Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.
TNB Prime Universiti Awam
Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau
Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/ PNGK 3.50
Cara Memohon
Calon perlulah lakukan permohonan atas talian bermula 1 jun 2022 di porta permohonan YTN.
Sila ke pautan di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional di bawah :
Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa buat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.
Secara lazimnya, pemohon yang berjaya akan dihubungi menerusi SMS atau e-mel.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.
Full Scholarships for SPM/STPM Click Here
Info Penting Lepasan SPM/STPM :-
Advertisement
(Visited 41,298 times, 147 visits today)